Last updated Thursday, December 08, 2016 9:58 am GMT+8

Wednesday November 30, 2016
10:09 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata wanita itu ditahan selepas ibu saudara mangsa membuat laporan di Balai Polis Sitiawan. — Foto ihsan PC Pangkor Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata wanita itu ditahan selepas ibu saudara mangsa membuat laporan di Balai Polis Sitiawan. — Foto ihsan PC Pangkor IPOH, 30 Nov — Seorang pengasuh wanita ditahan polis kerana dipercayai mendera seorang bayi perempuan berumur 11 bulan di sebuah taska dekat Pantai Remis, Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata wanita berumur 48 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Samudera dekat Seri Manjung, selepas ibu saudara mangsa membuat laporan di Balai Polis Sitiawan pada 2 pagi, kelmarin.

“Selepas mengambil bayi berkenaan di pusat asuhan, ibu saudara mangsa yang juga seorang guru di taska sama mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak bermaya.

“Ketika berada di rumah, mangsa muntah dan terdapat kesan bengkak di belakang kepala dan belakang telinga kiri dan kanan serta calar pada bahu kanan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Deepavali Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, semalam.

Gan berkata ibu saudara mangsa berumur 25 tahun itu telah membawa bayi berkenaan ke Hospital Manjung untuk membuat pemeriksaan, dan bayi itu disahkan didera berdasarkan kecederaan luar yang dialaminya.

Beliau berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan wanita itu direman selama tiga hari bermula semalam. — Bernama  

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline