Monday July 31, 2017
6:50 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Tan Sri Teh Hong Piow akan melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Public Bank berkuatkuasa 1 Januari. — Foto ReutersTan Sri Teh Hong Piow akan melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Public Bank berkuatkuasa 1 Januari. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 31 Julai — Pengasas Public Bank Bhd (PBB) Tan Sri Teh Hong Piow akan melepaskan jawatannya sebagai pengerusi berkuatkuasa 1 Januari 2019 dan akan dilantik sebagai pengerusi emeritus.

Teh, yang menubuhkan bank berkenaan pada 30 Disember 1965, kekal sebagai penasihat bank bagi memberi bimbingan dalam menyokong pertumbuhan berterusan PBB dan kumpulan itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank berkenaan mengumumkan Teh, yang juga pengerusi bukan eksekutif Public Islamic Bank Bhd (PIBB) dan Public Investment Bank Bhd (PIVB), kedua-duanya anak syarikat milik penuh PBB, akan bersara sebagai pengerusi kedua-dua anak syarikat itu pada 1 Januari 2018, namun kekal sebagai pengarah bukan eksekutif.

“Peralihan kepada perubahan kepimpinan dalam PBB, PIBB dan PIVB akan dilaksanakan dengan lancar dan butiran mengenai pelantikan pengerusi baharu PBB akan diumumkan pada masa yang bersesuaian,” katanya.

Pengumuman yang dibuat oleh antara bank terbesar dalam industri itu mencetuskan tindak balas spontan dan menyebabkan harga saham PBB susut 26 sen kepada RM20.28 dengan 11.48 juta saham bertukar tangan.

Penurunan itu menyumbang penurunan 1.722 mata dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang ditutup 7.05 mata lebih rendah kepada 1,760.03 mata. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline