Thursday August 10, 2017
7:20 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pelakon Nur Afifah Nasir mendakwa perbuatannya keluar ke pusat karaoke bersama Aliff Aziz dirancang kru produksi drama Izinkan Aku Mencintaimu. — Foto ihsan Facebook/Afifah NasirPelakon Nur Afifah Nasir mendakwa perbuatannya keluar ke pusat karaoke bersama Aliff Aziz dirancang kru produksi drama Izinkan Aku Mencintaimu. — Foto ihsan Facebook/Afifah NasirKUALA LUMPUR, 10 Ogos 2017 — Dakwaan pelakon Nur Afifah Nasir yang dirinya dipergunakan untuk rapat Aliff Aziz dinafikan pengarah drama “Izinkan Aku Mencintaimu”.

Mansor Akob mendakwa tidak tahu menahu mengenai kejadian di sebuah pusat karaoke yang dikaitkan dengan produksi drama, lapor Berita Harian.

“Saya tak tahu mengenai perancangan di pusat karaoke itu,” katanya.

Beliau menyifatkan masalah di set penggambaran perkara biasa dan tidak boleh dielak.

“Kami hanya bercakap kosong dalam kalangan sendiri seperti bersembang di kedai kopi. Ia bukan perancangan produksi pun. Tiada arahan untuk mereka rapat,” katanya.

Tiada kenyataan berkaitan isu rakaman perbualan antara kakak Afifah, Anzalna dengan individu yang didakwa kru produksi itu.

Keributan berlaku apabila Dayang Nabella Awang Astillah atau Bella menemui Afifah bersama suaminya di pusat karaoke pada 27 Julai lalu.

Afifah mendakwa keluar dengan Aliff atas urusan produksi dan memperdengar “bukti” rakaman perbualan Anzalna dengan “kru produksi” kepada media pada 7 Ogos lalu.

Rakaman itu berkaitan rancangan supaya Afifah melayan Aliff dengan baik supaya baki penggambaran dapat diselesaikan.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline