Last updated Saturday, December 10, 2016 9:01 am GMT+8

Friday December 2, 2016
8:01 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Wakil Pahang Datuk Shahaniza Shamsudin membahas usul sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam. — Foto BernamaWakil Pahang Datuk Shahaniza Shamsudin membahas usul sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 2 Dis — Felda perlu menyelesaikan semua permasalahan yang dihadapi kerana dibimbangi golongan peneroka yang selama ini berada di belakang kerajaan menunjukkan undi protes pada pilihan raya umum ke-14.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Maran Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata permasalahan Felda adalah perkara mustahak yang perlu diselesaikan khususnya pembayaran buah kelapa sawit yang sering ditangguhkan dan isu penyata hutang tanam semula.

Beliau menambah isu lain yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) ialah sara hidup Felda Technoplant yang membebankan dan tidak dikemas kini, masalah perumahan generasi kedua dan kos sara hidup yang semakin menghimpit warga Felda.

“Penubuhan makmal bagi menyelesaikan masalah Felda tidak boleh memakan masa yang terlalu lama kerana kami warga Felda bukanlah 'tikus makmal yang boleh dijadikan bahan uji kaji',” katanya.

Shahaniza yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Multimedia dan Komunikasi Pahang berkata demikian semasa membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Shahaniza yang juga cucu kepada generasi pertama Felda dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sentul iaitu kawasan penanaman kelapa sawit, berkata undi kepada BN adalah "satu penghargaan" kepada jasa kerajaan.

Pada perbahasannya, beliau turut menyentuh mengenai bekalan minyak masak terputus di kawasan Felda, sedangkan Felda merupakan antara pengeluar minyak masak terbesar di dunia.

“Tak jadi lawak ke tuan-tuan dan puan-puan, buka pintu rumah nan menghijau pokok kelapa sawit tapi buka almari dapur tiada bekalan minyak untuk digunakan sebagai keperluan harian,” katanya. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline