Wednesday November 1, 2017
11:13 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Diadaptasi dari novel ‘Titian Cinta’, drama dengan judul sama dilakonkan Zul Ariffin dan Farah Nabilah. — Foto ihsan Instagram/Farah NabilahDiadaptasi dari novel ‘Titian Cinta’, drama dengan judul sama dilakonkan Zul Ariffin dan Farah Nabilah. — Foto ihsan Instagram/Farah NabilahKUANTAN, 1 Nov — Novel, yang dikaitkan dengan kes bunuh di Rompin baru-baru ini, “kisah cinta tiga segi bukan membunuh”, kata syarikat Idea Kreatif. 

Penerbitnya Hani Fuzaha berkata jalan cerita Titian Cinta berunsur cinta dan banyak naskhah seumpama itu diterbitkan di negara ini, lapor Sinar Harian.

“Ini hanya novel cinta tiga segi dan jalan ceritanya pula tiada kisah bunuh membunuh,” katanya, terkejut kes itu dikaitkan dengan karya Ridhya Iman itu.

“Novel ini hanya berkisarkan seorang lelaki yang jatuh cinta dengan isteri orang. 

“Kisah seperti ini banyak diterbitkan dan dalam cerita itu tidak ajar pembaca untuk membunuh dengan menembak.”  

Hani mengulas kejadian seorang lelaki Kedah, disyaki menembak suami kekasihnya, yang dilaporkan mendakwa terpengaruh dengan novel itu.

Ketua polis Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata suspek mengakui kisahnya sama dengan novel cinta itu yang dibawa bersamanya ketika ditahan. 

Hani turut berkata jika pembaca obses kepada jalan ceritanya, sudah pasti kejadian seumpama itu sudah lama berlaku kerana dipasarkan sejak 2013.

“Novel ini antara yang paling laris, sudah lebih 15 kali dicetak dan berbelas-belas ribu telah dijual sebab ia melibatkan kisah cinta,” katanya.

Novel ini diadaptasi sebagai drama TV3 dengan judul sama sebanyak 28 episod. Episod terakhir pada Isnin lalu, hari sidang media polis dibuat.

Diarah oleh Heykal Hanifah, drama popular itu dilakonkan antaranya oleh Zul Ariffin dan Farah Nabila. 

Ada media melaporkan suspek terpengaruh dengan novel tersebut, yang dipamerkan di sidang media polis sebagai antara barang yang dirampas.

“Suspek mengakui kisahnya sama dengan novel cinta berkenaan. Ketika ditahan novel ada dibawa bersamanya,” Azli dilaporkan berkata. 

Suspek, seorang pembantu kedai makan, menembak suami kekasihnya, juga dari Indonesia, di Fela Keratong 2, Muadzam Shah pada 24 Oktober lalu.

Lelaki 29 tahun itu menjalin hubungan sulit sejak empat bulan lalu. Suspek marah apabila menyedari mangsa cuba memujuk isterinya pulang ke Acheh.

Senapang patah dan peluru yang digunakan dalam kejadian 12 tengah malam itu ditemui disorok di ladang Sungai Guan, Kota Bahagia, Muadzam Shah, Pahang.

Suspek ditahan di hentian rehat Tanjung Malim, Perak jam 12.30 tengah malam Jumaat lalu ketika mahu melarikan diri ke kampungnya di Bedong, Kedah.

Kes itu disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau kesalahan membunuh. 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline