Saturday November 11, 2017
3:52 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Penduduk Kampung Rampai Sikuati di Kudat gempar dengan penemuan satu lubang sedalam kira-kira 3.6 meter dengan kesan gerudi, 11 November 2017. ― Foto ihsan Facebook/Jaslin OkirimPenduduk Kampung Rampai Sikuati di Kudat gempar dengan penemuan satu lubang sedalam kira-kira 3.6 meter dengan kesan gerudi, 11 November 2017. ― Foto ihsan Facebook/Jaslin OkirimKUDAT, 11 Nov ― Penemuan satu lubang misteri menjadi tumpuan penduduk Kampung Rampai, Sikuati di sini.

Lubang sedalam kira-kira 3.6 meter, seakan-akan digerudi tetapi permukaan jalan sekitarnya tiada kesan tanah bertaburan, lapor Harian Metro.

Penduduk John Ukong, 47, mendakwa nampak “cahaya aneh terang menjunam dari langit” kira-kira 2 pagi semalam dan terkejut apabila menemui lubang itu hari ini.

Ketua polis daerah Kudat berkata enam anggotanya sudah membuat tinjauan dan mahu membuat rujukan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kudat dan Jabatan Tanah dan Galian.

“Semasa saksi melihat cahaya putih itu di ruang udara, saksi mendakwa tidak kedengaran apa-apa bunyi letupan atau petir dan keadaan cuaca juga baik,” kata Supt Douglas Nyeging Taong.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline