Friday October 13, 2017
12:33 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Wany Hasrita gigih mempromosi lagu kedua 'Rintihan Rindu' kerana masih ada peminat yang tidak mengetahuinya. — Foto ihsan Instagram/Wany HasritaWany Hasrita gigih mempromosi lagu kedua 'Rintihan Rindu' kerana masih ada peminat yang tidak mengetahuinya. — Foto ihsan Instagram/Wany HasritaKUALA LUMPUR, 13 Okt — Penyanyi baru Wany Hasrita berharap lagu kedua Rintihan Rindu dapat memikat peminat seumpama single pertama.

Beliau risau peminat, yang masih menggemari Menahan Rindu, bosan dan melabelkannya hebat dengan lagu pertama sahaja, lapor Harian Metro.

“Memang lagu Menahan Rindu masih kuat dan sambutan terhadapnya sangat luar biasa,” kata Wany, nama glamor Nursyazwany Hasrita Hasbullah, 25. 

“Setiap kali menjayakan persembahan peminat memang nak saya menyanyikan lagu ini.”

Namun beliau mempunyai perancangan lain dengan lagu kedua itu. “Saya tidak mahu peminat muak dan berkata saya penyanyi ‘one hit wonder’,” katanya.

Belum berputus asa, Wany terus mempromosi Rintihan Rindu yang dilancarkan dua bulan lalu kerana masih ada peminat tidak mengetahuinya.

“Ada yang menyangka saya hanya ada lagu Menahan Rindu. Namun, saya tidak berkecil hati kerana faham proses penerimaan sesebuah lagu tidak sama.

“Bagi memastikan lagu ini diterima, saya tidak pernah berhenti membuat promosi. Saya juga sesekali tidak berputus asa,” katanya kepada akhbar itu.

Video muzik Menahan Rindu mendapat lebih 26 juta tontonan di YouTube sejak dimuatkan pada 30 Disember tahun lepas.

Sementara video lirik Rintihan Rindu mengutip lebih 2 juta tontonan di media sosial sama sejak 10 Ogos lalu.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline