Last updated Friday, December 09, 2016 12:00 am GMT+8

Wednesday November 30, 2016
11:30 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Perhimpunan Umno tahun lalu menyaksikan hanya Najib selaku presiden yang membuat ucapan tunggal penggulungan kepada perwakilan parti. ― Foto BernamaPerhimpunan Umno tahun lalu menyaksikan hanya Najib selaku presiden yang membuat ucapan tunggal penggulungan kepada perwakilan parti. ― Foto BernamaKUALA LUMPUR, 30 Nov ― Sesi penggulungan untuk Perhimpunan Agung Umno tahun ini akan kembali kepada tradisinya iaitu ucapan penggulungan  akan dilakukan oleh pucuk pimpinan utama parti.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu diputuskan Presiden Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat Majlis Tertinggi Khas parti yang diadakan malam ini.

“Tahun ini kita balik kepada tradisi, anggota MT yang berkenaan akan diberi peluang, presiden (Najib) telah memberitahu tadi,” kata Annuar ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat itu.

Secara tradisinya, ucapan penggulungan antara lain dilakukan oleh ketua-ketua sayap, wakil anggota MT, wakil kerajaan, naib presiden, timbalan presiden dan presiden parti.     

Pada tahun lepas, hanya presiden parti sahaja yang menggulung perbahasan dan membuat ucapan penangguhan.         

Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjalankan tugas-tugas timbalan presiden menjelaskan mesyuarat malam ini adalah mesyuarat biasa yang diadakan sehari sebelum perhimpunan agung esok.

Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata mesyuarat MT turut membincangkan mengenai usul-usul yang akan menjadi panduan kepada jurucakap-jurucakap pada perhimpunan agung esok.

“Usul-usul yang telah dikumpul sebelum ini Alhamdulillah telah diterima, ini bermakna semua usul yang disediakan boleh dibahaskan esok oleh perhimpunan agung,” kata Hishammuddin yang juga pengerusi Jawatankuasa Usul dan Persiapan Perhimpunan Agung Umno. ― Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline