Last updated Saturday, December 10, 2016 11:00 am GMT+8

Thursday December 1, 2016
7:49 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sebuah kereta Proton melanggar depan bas yang menuju bandar Sandakan sehingga menyebabkan kebakaran. Pemandunya yang tersepit hangus terbakar. ― Foto ihsan Facebook/Putera KaryaSebuah kereta Proton melanggar depan bas yang menuju bandar Sandakan sehingga menyebabkan kebakaran. Pemandunya yang tersepit hangus terbakar. ― Foto ihsan Facebook/Putera KaryaSANDAKAN, 1 Dis ― Seorang pemandu kereta rentung selepas kenderaan yang dipandunya berlanggar dengan sebuah bas ekspres di Jalan Kem Tentera dekat sini, awal hari ini.

Ketua bomba dan penyelamat Sandakan Anddre Andrew berkata akibat pelanggaran itu, mangsa terperangkap di dalam kenderaan itu, lapor Bernama.

Susulan nahas itu, enjin kereta Proton Saga dan bahagian hadapan bas itu dilaporkan terbakar.

Anddre juga berkata sebuah jentera bomba dengan enam anggota bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 6.29 pagi.

Sementara itu, lapor agensi berita itu lagi, ketua polis daerah Sandakan ACP Zabidi Md Zain berkata mangsa dikenali sebagai Zulmat Ajilani, 41.

Siasatan mendapati kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan, lalu melanggar depan bas yang menuju ke bandar Sandakan dari arah Kampung Tinosa.

Menurutnya, ketika kemalangan itu berlaku, mangsa tersepit dan tidak dapat dikeluarkan oleh orang awam.

Zabidi juga berkata pemandu bas, 51 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline