Last updated Monday, September 26, 2016 3:10 pm GMT+8

Thursday September 22, 2016
1:12 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ketua polis negara berkata, pemandu peribadi yang ditahan disyaki aktif mempromosikan IS menerusi akaun Facebook miliknya.— Foto oleh Saw Siow FengKetua polis negara berkata, pemandu peribadi yang ditahan disyaki aktif mempromosikan IS menerusi akaun Facebook miliknya.— Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 22 Sept — Empat lelaki termasuk tiga warga asing yang dipercayai terlibat dalam aktiviti keganasan ditahan di sekitar Selangor dan Pahang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua lelaki termasuk dari Bangladesh, Nepal dan Morocco itu ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas antara 2 Ogos hingga 17 September lalu.

“Suspek pertama iaitu warganegara Bangladesh berumur 37 tahun merupakan pemilik sebuah restoran di Bukit Bintang di sini yang disyaki terlibat dalam penyeludupan senjata api bagi kegunaan anggota pengganas antarabangsa. 

“Beliau yang tersenarai di dalam ‘red notice’ Interpol, ditangkap pada 19 Ogos dan telah diusir ke negara asal pada 2 September lalu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Suspek kedua, berasal dari Nepal merupakan ahli perniagaan yang mengendalikan pusat hiburan dan penginapan, disyaki terlibat dalam aktiviti pemalsuan dokumen perjalanan bagi kegunaan anggota pengganas antarabangsa.  Lelaki yang berumur 38 tahun itu ditangkap pada 19 Ogos, telah diusir ke negara asal pada 2 September lalu, katanya.  

Seorang lagi suspek warganegara Morocco berusia 26 tahun bekerja sebagai jurukimpal besi merupakan seorang anggota kumpulan militan IS yang pernah ditangkap pihak berkuasa Turki semasa percubaan menyeludup masuk ke Syria pada Februari lalu.

“Selepas dibebaskan, beliau menyusup masuk ke Malaysia pada awal Mei tahun ini. Suspek ditahan pada 2 Ogos dan diusir pulang ke negara asal pada 21 September,” katanya.

Sementara itu, warga tempatan yang ditahan merupakan seorang pemandu peribadi seorang ahli perniagaan berusia 34 tahun.

“Suspek menpunyai hubungan dengan Muhammad Wanndy Mohamad Jedi. Suspek disyaki aktif mempromosikan kumpulan pengganas IS di dalam akaun laman sosial Facebooknya,” katanya.

Menurut Khalid, kedua-dua suspek warganegara Bangladesh dan Nepal ditangkap di bawah Seksyen 6 Akta Imigresen 1959/63 manakala suspek warganegara Morocco dan warga tempatan itu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma). — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline