Thursday December 7, 2017
11:21 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Beberapa penumpang yang cedera dikeluarkan dari bas dalam nahas di Kilometer 294.7 lebuh raya PLUS arah utara dekat Gopeng, 6 November 2017. — Foto ihsan Facebook/Anbar PalaniBeberapa penumpang yang cedera dikeluarkan dari bas dalam nahas di Kilometer 294.7 lebuh raya PLUS arah utara dekat Gopeng, 6 November 2017. — Foto ihsan Facebook/Anbar PalaniKAMPAR, 7 Dis — Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang penumpang semalam.

Tertuduh N. Shasikumar, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

Shasikumar didakwa memandu kenderaan tersebut di jalan raya secara melulu sehingga menyebabkan kematian Chan Kwai Fah, 43, di KM 294.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Kampar kira-kira jam 5.45 pagi, semalam.

Kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM20,000, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya Oon Kork Chern manakala tertuduh diwakili Nurafiqah Abd Aziz daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.       

Terdahulu, Oon menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin manakala Nurafiqah memohon agar jaminan terhadap anak guamnya dikurangkan atas alasan menyara empat orang anak manakala isterinya tidak bekerja.

Nur Faizah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes itu selesai.

Mahkamah menetapkan 28 Dis ini untuk sebutan semula kes. — Bernama

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline