Saturday August 12, 2017
12:35 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pengantin Filzah Ghazali, 24, (kiri) bersama adik iparnya Nur Shafiqah Hamzah, 21, sayu melihat pelamin yang digenangi air di Kampung Sungai Putat Batu Berendam.—Foto BernamaPengantin Filzah Ghazali, 24, (kiri) bersama adik iparnya Nur Shafiqah Hamzah, 21, sayu melihat pelamin yang digenangi air di Kampung Sungai Putat Batu Berendam.—Foto BernamaMELAKA, 12 Ogos — Majlis perkahwinan dua beradik di sini, pada hari ini tetap diteruskan walaupun rumah termasuk pelamin digenangi banjir kilat semalam.

Perkahwinan mereka diteruskan selepas khemah dan pelamin yang dipasang di Kampung Sungai Putat, Batu Berendam ditenggelami air, lapor Sinar Harian.

Reda dalam sedih, namun perkahwinan Muhammad Al Azim Hamzah, 26, dan adiknya Nur Syafiqah, 21, tetap dilangsungkan di rumah jiran.

Sementara majlis akad nikah dipindahkan ke Masjid Kampung Sungai Putat malam tadi. 

“Kami terpaksa menyewa khemah lain untuk dipasang di lokasi yang lebih tinggi,” kata Muhammad Al Azim Hamzah seperti dilapor. 

“Manakala pelamin pula yang dah habis basah, kami kena hubungi pemiliknya agar dapat pasang lain secara ringas di rumah jiran.”

Nur Syafiqah pula berkata keluarganya tidak menyangka banjir kilat berlaku sehingga merosakkan perabot yang baru dibeli khas untuk majlis itu.

Namun menurut bapa perkahwinan itu perlu diteruskan kerana lebih 1,500 jemputan telah dibuat dan belum mengetahui jumlah kerugian yang dialami.

“Memang saya teringin sangat nak buat majlis di rumah sebab ini pesanan arwah isteri sebelum dia meninggal dunia tetapi apakan daya dah jadi begini,” kata Hamzah Ismail.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline