Tuesday November 7, 2017
5:22 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Nadzmi berkata dia yakin tidak bersalah kerana dibebaskan polis tidak sampai 24 jam. — Foto ihsan Instagram/NadzmiNadzmi berkata dia yakin tidak bersalah kerana dibebaskan polis tidak sampai 24 jam. — Foto ihsan Instagram/NadzmiKUALA LUMPUR, 7 Nov — Pelakon Nadzmi Adhwa mengakui dirinya antara individu yang ditahan polis atas dakwaan memiliki ganja minggu lalu.

Nadzmi, 25, berkata penahanan itu angkara terlalu mempercayai rakan yang sudah lama berada di bawah pemerhatian polis kerana memiliki dadah.

“Nasib tidak menyebelahi saya apabila pihak berkuasa menahan saya sewaktu berada bersamanya.

“Kesilapan saya adalah terlalu mempercayai teman dan terpengaruh.

“Bagaimanapun peristiwa ditahan pihak berkuasa banyak memberikan pengajaran kepada saya agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan,” katanya kepada mStar Online.

Media semalam melaporkan seorang pelakon ditahan minggu lalu selepas polis menemui ganja dalam keretanya.

Ganja dalam tin dilapor disembunyikan di tempat duduk pemandu ketika pemeriksaan polis di sebuah stesen minyak sekitar jam 1.30 pagi.

Pelakon drama Hati Perempuan berkata dia yakin tidak bersalah kerana dibebaskan polis tidak sampai 24 jam.

“Saya yakin tidak bersalah dalam hal ini dan telah pun dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas ditahan,” dia dilaporkan berkata. 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline