Monday July 10, 2017
4:41 PM GMT+8

TERKINI:
July 10, 2017
05:42 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Jenazah Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi diusung ke dalam van setelah selesai bedah siasat di Hospital Sultan Ismail (HSI) malam 26 April 2017. — Foto Bernama Jenazah Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi diusung ke dalam van setelah selesai bedah siasat di Hospital Sultan Ismail (HSI) malam 26 April 2017. — Foto Bernama

JOHOR BARU, 10 Julai — Pelajar tahfiz Kota Tinggi yang disyaki mati didera disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus.

Bedah siasat menunjukkan kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, yang menjadi fokus nasional April lalu, akibat jangkitan itu, lapor Berita Harian.

Ketua pengarah kesihatan berkata kematian pelajar 11 tahun itu “bukannya trauma atau kecederaan seperti yang menjadi viral.”

“Penyebab kematian adalah leptospirosis dan dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentukan bekuan darah mikro di seluruh saluran darah.

“Ia menyebabkan perubahan warna kulit dan kegagalan organ untuk berfungsi,” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Thaqif Amin dimasukkan ke hospital pada 19 April lalu selepas cedera di kaki, didakwa akibat dipukul pembantu warden sekolah tersebut.

Kedua-dua kakinya yang bertukar hitam dipotong pada 22 April lalu bagi mengelak jangkitan kuman.

Tangan kanannya dijadual dipotong dari jari hingga bawah siku pada 26 April, beberapa jam sebelum pelajar itu meninggal dunia.

Susulan dakwaan kes dera, pembantu warden itu ditahan reman tetapi dibebaskan dengan jaminan polis setelah tiada bukti jelas.

Susulan laporan bedah siasat itu, polis akan mengemas kini kertas siasatan untuk mendapat arahan lanjut daripada timbalan pendakwa raya. 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline