Monday April 11, 2016
3:26 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pelajar tingkatan tiga di Pengkalan Chepa, yang mengalami retak tulang leher akibat ditendang seorang pelajar senior, masih dirawat di hospital (foto) di Kota Baru. — Paparan skrin Google   Pelajar tingkatan tiga di Pengkalan Chepa, yang mengalami retak tulang leher akibat ditendang seorang pelajar senior, masih dirawat di hospital (foto) di Kota Baru. — Paparan skrin Google KOTA BARU, 11 April — Pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Pengkalan Chepa mengalami retak tulang leher selepas ditendang seorang pelajar tingkatan empat.

Akibat kejadian itu pada Khamis lalu, Aiman Hazim Zulkeflee, 15, masih menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

“Dalam perjalanan ke tandas, terserempak dengan dia (pelajar senior) dan dia terus menarik saya ke kelas kosong berdekatan.

“Dia tendang dan kemudian saya rasa sakit yang amat sangat di leher dan jatuh. Tidak dapat balas apa-apa,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, ketika itu beliau sedang mengikuti sesi pembelajaran di dalam kelas kira-kira jam 1 tengahari sebelum meminta kebenaran guru untuk ke tandas.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dalam laporan sama mengesahkan kes itu sebagai pergaduhan dan bukannya buli.

“Siasatan dalaman jabatan kita juga dapati kejadian berunsurkan pergaduhan, bukan buli.

“Namun disebabkan kes ini sudah menjadi kes polis, kami menunggu siasatan pihak berkuasa itu selesai dan menyerahkan kepada mereka.

“Untuk sementara, mengikut prosedur biasa yang ditetapkan, dua pelajar yang terbabit digantung persekolahan selama dua minggu bermula hari ini,” kata timbalan pengarahnya Jaafar Ismail.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline