Friday May 19, 2017
1:16 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Mahkamah Sesyen Kangar hari ini menjatuhkan hukuman denda terhadap pekerja kilang RM2,500 kerana menghina mufti Perlis Dr Mohd Zainul Abidin. — Foto oleh Choo Choy MayMahkamah Sesyen Kangar hari ini menjatuhkan hukuman denda terhadap pekerja kilang RM2,500 kerana menghina mufti Perlis Dr Mohd Zainul Abidin. — Foto oleh Choo Choy MayKANGAR, 19 Mei — Seorang operator pengeluaran sebuah kilang di Jejawi dekat sini yang mengaku bersalah atas dakwaan menghina Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Zainul Abidin didenda RM2,500 oleh Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.

Mohd Shukor Ishak, 30, yang tinggal di Kampung Hutan Temin, Mata Air, Arau membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari.

Tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Hajar Ahmad manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari.

Siti Hajar merayu bagi pihak anak guamnya agar Mahkamah mengenakan hukuman ringan setelah dia mengakui kesilapan dan insaf dengan perbuatannya.

Hakim Azhar Abu Hassan kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau penjara tiga bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang menggunakan nama 'Mohd Shukor RK, memuat naik komen jelek terhadap Mohd Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza secara sedar melalui akaun Facebook beliau pada pukul 6.30 petang, 30 April lepas dengan niat untuk menyakitkan hati orang.

Dia dituduh mengikut seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan dihukum mengikut seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline