Friday February 9, 2018
5:32 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Rafizi Ramli dihukum penjara 30 bulan setelah didapati bersalah membocorkan dokumen bank sewaktu kontroversi National Feedlot Corporation (NFC). ― Foto oleh Yusof Mat Isa Rafizi Ramli dihukum penjara 30 bulan setelah didapati bersalah membocorkan dokumen bank sewaktu kontroversi National Feedlot Corporation (NFC). ― Foto oleh Yusof Mat Isa KUALA LUMPUR, 9 Feb — Tindakan Rafizi Ramli mendedahkan maklumat perbankan tidak patut dibela dan satu jenayah serius”, kata seorang peguam kanan.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata pendedahan naib presiden PKR itu melibatkan kerahsiaan maklumat bawah akta perbankan, lapor Utusan Online.

Rabu lalu, Rafizi dihukum penjara 30 bulan setelah didapati bersalah bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia).

Ahli parlimen itu mendedahkan maklumat bank syarikat-syarikat berkaitan projek penternakan lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC) pada 2012. 

Shafee berkata akta itu diwujudkan bagi mengukuhkan kepercayaan ramai terhadap sistem perbankan negara ini. 

“Kalau tidak dilindungi bawah Bafia, sesiapa pun tidak akan mempercayai sistem perbankan negara ini sekali gus menjejaskan ekonomi Malaysia,” katanya.

Syarikat itu dikuasai suami ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Mengulas hukuman tersebut, menurut portal itu lagi, beliau berkata serangan Rafizi terhadap NFC menyebabkan projek kerajaan itu gagal.

“[...] Rafizi juga menggunakan cerita separuh benar untuk memanipulasi masyarakat umum berhubung kes berkenaan,” kata Shahrizat.

Shafee juga berkata semua pihak harus menerima keputusan Mahkamah Sesyen yang tiada sebarang agenda tersembunyi atau arahan kerajaan.

Beliau juga mendakwa Rafizi sengaja memperdayakan orang ramai bagi meraih populariti untuk masa depan kerjaya politiknya.

Susulan hukuman itu, Rafizi menyeru orang ramai menyumbang derma kepada Invoke, badan yang dipimpinnya untuk kerja-kerja pilihan raya.  

Iklan

Iklan

MMO Instagram