Saturday March 4, 2017
5:16 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis surat kepada Jabatan Penjara dan KDN menggesa agar tokoh pembangkang itu dibebaskan. — Gambar oleh Saw Siow FengPeguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis surat kepada Jabatan Penjara dan KDN menggesa agar tokoh pembangkang itu dibebaskan. — Gambar oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 4 Mac — Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis kepada Jabatan Penjara dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa agar ketua umum PKR yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun dibebaskan.

Surat dihantar ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Komisioner Jeneral Penjara semalam, kata peguam N Surendran dan Latheefa Koya dalam kenyataan hari ini.

“Kami telah memohon perkara ini di bawah Seksyen 43 Akta Penjara 1995, yang membolehkan Komisioner Jeneral Penjara untuk membebaskan seseorang menjalani hukuman penjara.

“Penahanan berterusan beliau telah menjejaskan imej dan reputasi negara kita dari kaca mata masyarakat antarabangsa,” kata kedua-dua peguam.

Mereka juga mengemukakan pengisytiharan Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Penahanan Arbitrari pada 15 September 2015 yang mengatakan penahanan Anwar adalah tidak sah.

“Malaysia merupakan sebuah negara anggota PBB dan keputusan salah satu badan PBB itu tidak boleh diketepikan,” katanya.

Mereka turut memberi alasan Anwar, sebagai seorang tokoh pembangkang mempunyai reputasi di peringkat antarabangsa sebagai pemimpin Islam progresif.

Bekas timbalan perdana menteri itu dipenjarakan kali kedia selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline