Tuesday October 3, 2017
10:58 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Filem Abang Long Fadil 2 lakonan Wak Doyok (kiri) dan Zizan Razak (kanan) mengutip RM17.9 juta sepanjang 39 hari tayangan sekaligus mencatat rekod baru dalam dunia perfileman tempatan. — Foto ihsan CinemaOnlineFilem Abang Long Fadil 2 lakonan Wak Doyok (kiri) dan Zizan Razak (kanan) mengutip RM17.9 juta sepanjang 39 hari tayangan sekaligus mencatat rekod baru dalam dunia perfileman tempatan. — Foto ihsan CinemaOnlineKUALA LUMPUR, 3 Okt — Filem aksi komedi Abang Long Fadil 2 (ALF2) mencatat rekod kutipan tertinggi di Malaysia apabila meraih RM17.9 juta sepanjang 39 hari tayangan.

Jumlah itu mengatasi rekod kutipan RM17.8 juta melalui filem Polis Evo pada 2015, lapor Kosmo!.

Presiden dan ketua Astro Shaw berkata kutipan itu menunjukkan penonton masih meminati karya tempatan walaupun industri perfileman suram tahun ini.

"Saya berharap kejayaan ini dapat membakar semangat kami untuk memberikan penonton lebih banyak karya bermutu dan menepati selera masyarakat pada akan datang," kata Najwa Abu Bakar.

Filem ALF2 arahan Syafiq Yusof, anak kepada sutradara terkenal Datuk Yusof Haslam mula ditayang sejak 24 Ogos lalu.

Filem menelan belanja RM3.2 juta dilakonkan pelawak Zizan Razak sebagai watak utama, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Wak Dook, Achey dan Shuib.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline