Saturday November 11, 2017
11:59 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang peguam yang kudung kedua-dua kaki dan tangan kiri  dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah. ― Paparan skrin GoogleSeorang peguam yang kudung kedua-dua kaki dan tangan kiri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah. ― Paparan skrin GoogleMELAKA, 11 Nov ― Seorang peguam yang kudung kedua-dua kaki dan tangan kiri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah.

Tuah Atan, 57, mengaku tidak bersalah atas dakwaan pecah amanah wang berjumlah RM47,431.79  di Bank CIMB di Melaka Raya, Off Jalan Parameswara pada 20 September 2009.

Tertuduh, orang kurang upaya (OKU) sejak lahir, asal Seremban tidak menyerahkan wang itu kepada dua individu sebaliknya membelanjakannya untuk diri sendiri. lapor Kosmo!.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan Tokoh Warga Istimewa Maal Hijrah Melaka pada 2008 itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Kes disebut semula 12 Disember 2017. ― Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline