Tuesday March 21, 2017
4:19 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pawagam di PB Sentral merupakan pawagam pertama yang dipasang CCT pada setiap panggung. — Foto ihsan Facebook/TerengganuTerbaikPawagam di PB Sentral merupakan pawagam pertama yang dipasang CCT pada setiap panggung. — Foto ihsan Facebook/TerengganuTerbaikKUALA TERENGGANU, 21 Mac ― Pawagam baru yang dibuka di PB Sentral di sini dipasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau kelakuan kurang sopan pengunjung.

Pemasangan pada setiap skrin panggung itu antara syarat ketat yang dikenakan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), menurut jurucakap Lotus Five Star (LFS) Cinemas seperti dilapor portal Cinema Online.

Rakaman 11 CCTV itu nanti kemudiannya disiarkan secara langsung pada skrin yang dipasang di lobi pawagam.

Syarat lain adalah masa tayangan yang dibenarkan hanya sehingga 1 pagi sahaja dan ditutup untuk “malam Jumaat”, bermula 6 petang Khamis hingga 3 petang Jumaat.

Pawagam juga tidak dibenarkan beroperasi sepanjang bulan Ramadan (6 petang hingga 8 malam setiap hari) dan sehari sebelum Hari Raya Haji dan Hari Raya Aidilfitri sehingga pukul 2 petang keesokannya.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline