Sunday January 14, 2018
5:38 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi laluan kerusi parlimen Gombak yang disandangnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. —  Foto oleh Miera Zulyana Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi laluan kerusi parlimen Gombak yang disandangnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. — Foto oleh Miera Zulyana GOMBAK, 14 Jan — PAS mengandaikan PKR tidak mampu mempertahankan kerusi parlimen Gombak menyebabkan penyandangnya menawarkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tawaran kerusi, selain di Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya, bagi membolehkan Dr Mahathir menjadi perdana menteri jika menang pilihan raya umum.

Pusat Penyelidikan PAS menganalisa PKR mungkin tewas di kerusi itu jika berlaku persaingan tiga penjuru di kerusi parlimen itu, lapor Malaysiakini.

“Saya tak tahu apa matlamat tersirat Datuk Seri Azmin untuk dia lepas kerusi Gombak,” kata pengarahnya Mohd Zuhdi Marzuki.

“Cuma saya boleh sebut bahawa kerusi Gombak tidak selamat buat PKR berdasarkan kita punya kajian dan analisis apabila berlaku tiga penjuru.”

Menteri besar Selangor yang menyandang kerusi itu sejak dua penggal lalu dalam Twitter semalam sanggup mememberi laluan kepada Dr Mahathir jika PKR restu.

Namun Mohd Zuhdi mengandaikan Azmin sebagai “cuba menggagalkan usaha Dr Mahathir menjadi perdana menteri sekali lagi.”

Katanya kemenangan Azmin dahulu disebabkan bantuan akar umbi PAS di Gombak tetapi kini kerjasama politik kedua-dua parti telah putus.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline