Tuesday June 20, 2017
12:09 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ibrahim berkata kerajaan tergantung tidak mustahil berlaku di Malaysia dengan PAS dijangka menentukan kerajaan selepas PRU14. — Foto oleh Yusof Mat IsaIbrahim berkata kerajaan tergantung tidak mustahil berlaku di Malaysia dengan PAS dijangka menentukan kerajaan selepas PRU14. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 20 Jun — Datuk Ibrahim Ali meramalkan PAS memainkan peranan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jika tiada parti yang mampu membentuk kerajaan.

Bekas ahli Parlimen Pasir Mas berkata jika Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan tidak mampu membentuk kerajaan maka wakil rakyat PAS bakal menentukan kerajaan persekutuan.

“Tidak mustahil PRU14 berlaku kerajaan tergantung maknanya tiada parti yang boleh menubuh kerajaan. Mereka tidak mendapat kerusi lebih 50 peratus.

“BN atau Pakatan meraih kemenangan mungkin kurang beberapa kerusi untuk membentuk kerajaan.

“Saya melihat PAS memainkan peranan yang penting. Saya percaya inilah strategi PAS iaitu mereka menyasarkan 40 kerusi walaupun bertanding 100 kerusi.

“Katalah BN atau Pakatan mendapat 100 kerusi, kurang 12 kerusi maka kerusi PAS yang akan menentukan pihak mana yang akan membentuk kerajaan,” katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO baru-baru ini.

BN memenangi 132 kerusi Parlimen dan Pakatan Rakyat 90 kerusi pada PRU13 pada 2013. PAS sahaja memenangi 21 kerusi pada PRU lepas.

Bekas pengarah pilihan raya PAS pada April mengumumkan untuk bertanding 100 kerusi pada PRU14.

Datuk Mustafa Ali berkata PAS mampu bertanding lebih daripada itu namun tindakan itu tidak akan menguntungkan pembangkang.

Awal bulan ini, Parlimen Britain dilaporkan “tergantung” selepas tiada parti mempunyai majoriti mutlak.

Parti Konservatif tidak mampu membentuk kerajaan selepas hanya memenangi 314 daripada majoriti 650 kerusi Parlimen.

Parlimen “tergantung” di Britain pernah berlaku pada 2010 apabila Konservatif membentuk kerajaan campuran dengan Liberal Demokrat yang bertahan selama lima tahun.

Ibrahim berkata kerajaan tergantung tidak mustahil berlaku di Malaysia dengan PAS dijangka menentukan kerajaan selepas PRU14.

Katanya, situasi itu terdorong selepas BN dan Pakatan masing-masing mempunyai masalah yang belum diselesaikan.

“BN berdepan isu rakyat yang menjadi tanggungjawab mereka seperti kos sara hidup, cukai barang dan perkhidmatan (GST), pengangguran, rasuah dan derma RM2.6 bilion.

“Pakatan pula belum memerintah, cuma di peringkat negeri. Mereka juga tiada kata sepakat dengan calon perdana menteri,” katanya.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline