Last updated Thursday, May 25, 2017 1:24 am GMT+8

Friday April 21, 2017
3:46 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Penyandang gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama, atau Ahok, ketika berkempen di daerah Jatinegara, 6 Februari 2017. — Foto ReutersPenyandang gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama, atau Ahok, ketika berkempen di daerah Jatinegara, 6 Februari 2017. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 21 April — Umat Islam Malaysia akan menolak pemimpin politik yang “menghina agama” seperti kekalahan gabenor Jakarta kelmarin, kata PAS.

Penyandang jawatan itu Basuki Tjahaja Purnama, atau Ahok, yang berdepan kes  menghina agama di mahkamah, tewas kepada bekas menteri Anies Baswedan.

“Apabila anda menghina agama Islam, jangan fikir umat Islam tidak akan bertindak menolak anda sebagai pemimpin,” kata ketua penerangan PAS. 

Membandingkan dengan isu RUU 355 yang dibawa parti itu, Nasrudin Hassan berkata pilihan raya gabenor Jakarta telah “membuktikan” penolakan pengundi Islam.

“Kini, semangat yang sama sedang meniti umat Islam di Malaysia,” katanya. 

“Isu pindaan Akta 355 (RUU 355) disusuli pindaan Akta 164 membuka mata rakyat di negara ini mengenai siapa sebenar lawan, siapa kawan yang benar-benar memperjuangkan Islam.”

Pindaan Akta 355 bertujuan meluaskan bidang kuasa mahkamah syariah dengan hukuman maksimum iaitu penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 kali sebatan.

Manakala pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian), atau Akta 164, berkaitan pertukaran agama anak sebelah pihak oleh ibu atau bapa bukan Islam yang menukar agama kepada Islam. 

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline