Tuesday March 21, 2017
8:11 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Semua pimpinan tertinggi parti komponen BN akan mengadakan perjumpaan bersama perdana menteri minggu ini, kata Datuk Seri Dr S Subramaniam. — Foto BernamaSemua pimpinan tertinggi parti komponen BN akan mengadakan perjumpaan bersama perdana menteri minggu ini, kata Datuk Seri Dr S Subramaniam. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 21 Mac — Parti komponen Barisan Nasional (BN) akan mengadakan perjumpaan bagi membincangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 pada minggu ini.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata semua pimpinan tertinggi parti komponen BN akan mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita tunggu sampai perjumpaan itu, dan selepas itu sahaja kita tahu apa yang telah dicadangkan dan apa yang akan menjadi pendirian kita selepas itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.

Beliau berkata dalam pertemuan bersama Najib dua minggu lepas, MIC telah menyatakan pendiriannya dan menyatakan bahawa perdana menteri memahami kedudukan MIC dalam isu itu.

Pada 17 Mac, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa kerajaan akan membentangkan RUU 355 sebagai usaha untuk memartabatkan agama Islam tanpa menjejaskan pihak lain. — Bernama

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline