Tuesday April 11, 2017
12:28 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Siswi sarjana kejuruteraan kimia Nurul Shahirah Mohd Sabri, 24, menjalan ujikaji di sebuah pusat kajian Universiti Teknologi Malaysia. — Foto oleh Malay MailSiswi sarjana kejuruteraan kimia Nurul Shahirah Mohd Sabri, 24, menjalan ujikaji di sebuah pusat kajian Universiti Teknologi Malaysia. — Foto oleh Malay MailJOHOR BARU, 11 April — Kira-kira 83 peratus lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mendapat kerja, pusat pengajian paling baik mengikut kehendak pasaran kerja negara ini.

“Selebihnya 17 peratus sengaja tidak mencari kerja dalam tempoh tertentu atau menukar laluan kerjaya mereka,” kata pro naib canselornya Profesor Nordin Yahya.

Banyak syarikat cuba cepat-cepat mendapatkan graduan UTM untuk mengambil bakat terbaik, katanya kepada akhbar The Malay Mail.

“Syarikat sedia ke kampus menawarkan pekerjaan kerana tahu mereka tidak akan mendapat pelajar terbaik daripada yang terbaik jika mereka terlambat,” katanya.

Kampus itu menganjurkan pameran kerjaya tahunan pada 18 dan 19 April ini dengan pembabitan 56 syarikat.

“Kali ini kita akan melihat penyertaan 40 syarikat multinasional, empat syarikat antarabangsa dan 12 syarikat tempatan. Sebanyak 20 temuduga dan 12 ceramah kerjaya turut diadakan,” katanya.

Nordin berkata UTM menyusun strategi menjadi universiti bertaraf dunia dalam bidang teknologi apabila makin ramai pelajar luar negara belajar di situ.

“Kami mempunyai lebih 3,200 pelajar antarabangsa dari lebih 60 buah negara. Kebanyakan mereka melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dan doktor falsafah,” katanya lagi.

Universiti itu berhasrat muncul 50 kampus terbaik dalam QS World University Rankings dalam bidang teknologi dan kejuruteraan menjelang 2020.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline