Wednesday November 8, 2017
11:14 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Hospital utama di Alor Setar (foto) menggesa Abdullah Yunus mendapat rawatan di Pulau Pinang tetapi warga emas ini ada kekangan wang. — Paparan skrin Google Hospital utama di Alor Setar (foto) menggesa Abdullah Yunus mendapat rawatan di Pulau Pinang tetapi warga emas ini ada kekangan wang. — Paparan skrin Google KUALA NERANG, 8 Nov — Seorang warga emas menanggung derita selama 30 tahun apabila buah zakarnya membesar bagai sebiji kelapa. 

“Penyakit misteri” itu menyebabkan Abdullah Yunus, 71, tidak lagi bekerja susulan terpaksa membawa “ketumbuhan” seberat 2kg di celah kangkangnya.

Lelaki itu kini hanya memakai kain dan reda dengan ketentuan Allah walaupun sebelum ini ada mendapatkan rawatan di hospital, lapor Sinar Harian

“Sejak buah zakar mula membesar seperti kelapa, saya hanya tinggal di rumah sahaja dan tidak dapat lagi bekerja seperti selalu,” katanya.

“Ketumbuhan itu kini menjadi beban kepadanya untuk bergerak dan apabila dipicit akan menjadi keras seperti daging pejal.

“Bagaimanapun, saya sangat bersyukur kerana masih mampu lagi menunggang motosikal untuk ke kedai atau masjid bagi menunaikan solat.”

Penoreh getah itu juga terpaksa berpantang memakan daging kerbau untuk mengelak buah zakarnya “gatal, merekah dan menggerutu”.

Menerima bantuan RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Abdullah mahu berubat melalui perubatan cara Islam jika ada sesiapa boleh membantu.

Tinggal di Kampung Masjid Lama, Tekai Kiri di Naka, beliau yang dikenali Pak Ya mengakui perubatan cara tradisi gagal menyembuhnya.

Sebelum ini hospital Alor Setar mengarahnya melakukan pembedahan di hospital Pulau Pinang tetapi beliau berdepan masalah kewangan.

Beliau berkata doktor juga memberitahunya penyakit itu berpunca daripada darah dan penawarnya belum ditemui.

Mereka yang ingin membantu Abdullah boleh menghulur wang di akaun Agro Bank (atas nama Abdullah) nombor 200-5061-00007093-4.

Menurut Bernama, pembaca juga menghubungi anak lelakinya Ishak di talian 010 81 73 904.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline