Sunday April 23, 2017
5:45 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

PKR dan DAP perlu bertanding di kerusi yang mereka wakili pada PRU lalu bagi mengelak pertembungan tiga penjuru, kata Mohd Khairuddin Aman Razali. — Foto oleh Yusof Mat IsaPKR dan DAP perlu bertanding di kerusi yang mereka wakili pada PRU lalu bagi mengelak pertembungan tiga penjuru, kata Mohd Khairuddin Aman Razali. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 23 April ― Jika mahu pertandingan dua penjuru berlaku, Pakatan Harapan (PH) dilarang bertanding di 80 kerusi majoriti Melayu yang disasarkan PAS untuk berdepan Umno, kata Mohd Khairuddin Aman Razali.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata PKR dan DAP juga perlu bertanding di kerusi yang mereka wakili pada pilihan raya umum (PRU) lalu, bagi mengelak pertembungan tiga penjuru.

“Pakatan Harapan jangan masuk. PAN (Amanah) jangan masuk. PPBM pun jangan masuk,” kata ketua penerangan Dewan Ulama PAS dalam catatan Facebook.

“PKR bertanding di kerusi mereka PRU ke 13. DAP pun sama. Dua penjuru akan berlaku.”

Naib presiden PAS Idris Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata PAS berhasrat untuk bertanding 80 kerusi parlimen, termasuk kemungkinan di kerusi yang dimenangi DAP dan PKR.

Strategi itu dibidas  bxekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengingatkan PAS agar “tidak berangan” untuk memenangi 80 kerusi tanpa menyertai gabungan pembangkang.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu sempat bertanya persediaan Amanah, yang ditubuhkan dua tahun lalu selepas krisis dalaman PAS, bertanding dalam PRU14.

“Atau bersediakah PKR dan DAP untuk memberikan laluan kepada PAN di kerusi mereka tanpa menyentuh kerusi tradisi PAS pada pru ke 13?” katanya. 

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline