Last updated Tuesday, January 24, 2017 1:00 pm GMT+8

Tuesday January 10, 2017
1:10 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Paparan skrin laman Facebook kumpulan yang mengugut menyembur cat aerosol kepada wanita Hindu yang tidak berpakaian sopan ketika Thaipusam.Paparan skrin laman Facebook kumpulan yang mengugut menyembur cat aerosol kepada wanita Hindu yang tidak berpakaian sopan ketika Thaipusam.KUALA LUMPUR, Jan 10 ― Polis mencari dalang yang mengancam untuk menyembur cat aerosol kepada wanita Hindu yang “berpakaian tidak sopan” ketika perayaan Thaipusam bulan depan.

Polis menggesa orang ramai memberikan sebarang maklumat berhubung kumpulan Facebook yang menggelarkan diri mereka “Thaipusam Spraying Group,” lapor The Star Online.

“Apa yang dirancang individu-individu ini melanggar undang-undang dan kita tidak boleh benarkan. Jika ada tertangkap, mereka akan dihukum,” kata ketua polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.

Polis menjamin akan menjaga keselamatan orang ramai semasa Thaipusam, terutama perarakan di Batu Caves, Selangor dan George Town, Pulau Pinang.

“Thaipusam Spraying Group” baru diasaskan oleh seseorang “Henry Barnabas” dan setakat ini hanya diikuti lebih 140 pengguna media sosial itu.

Kumpulan tersebut memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan bahagian belakang wanita memakai pelbagai jenis sari dengan ugutan “mereka akan disembur jika berpakaian tidak sesuai.”

Baca seterusnya di Malay Mail Online

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline