Wednesday November 8, 2017
8:25 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis sedang menjejaki seorang lelaki yang berpakaian ala pengebom bunuh diri di majlis sambutan Halloween di Damansara Perdana pada 28 Oktober lepas. — Foto ihsan Facebook/BG CunPolis sedang menjejaki seorang lelaki yang berpakaian ala pengebom bunuh diri di majlis sambutan Halloween di Damansara Perdana pada 28 Oktober lepas. — Foto ihsan Facebook/BG CunKUALA LUMPUR, 8 Nov — Pihak polis sedang menjejaki seorang lelaki yang berpakaian ala pengebom bunuh diri di sebuah majlis sambutan Halloween di sebuah kondominium di Damansara Perdana, pada 28 Oktober lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata perkara itu dimaklumkan oleh seorang penduduk di kondominium berkenaan yang melihat lelaki itu memakai pakaian sedemikian ketika menaiki lif.

Beliau berkata pakaian berkenaan amat sensitif pada pandangan umum kerana banyak kejadian dikaitkan dengan kumpulan militan Daesh baru-baru ini.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan mana-mana orang yang mempunyai  maklumat berhubung suspek boleh menghubungi balai polis Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya ketika dihubungi. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline