Friday November 10, 2017
11:13 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Paparan skrin video CCTV menunjukkan wanita bertudung mengambil makanan selepas mencuri beg pinggang peniaga di Alor Setar, 8 November 2017. Paparan skrin video CCTV menunjukkan wanita bertudung mengambil makanan selepas mencuri beg pinggang peniaga di Alor Setar, 8 November 2017. ALOR SETAR, 10 Nov — Wanita berbaju kurung merah jambu bukan sahaja mencuri RM6,000 daripada seorang peniaga di sini pagi Rabu lalu. 

Malah suspek bertudung itu dikesan mencuri seutas rantai emas di kedai barangan kemas di sini pada 3 petang hari yang sama, lapor Harian Metro.

“[...] setakat ini kita sudah mengenal pasti suspek yang disyaki terbabit dalam kes itu,” kata ketua polis Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin.

Rakaman kamera CCTV menunjukkan suspek sempat mengambil rantai tangan ketika pekerja premis itu berpaling ke belakang dalam tempoh beberapa saat.

Kes kedua, melibatkan kerugian RM4,000, di kompleks beli-belah di Jalan Kolam Air di sini sudah diadukan kepada polis. 

Pada sebelah pagi, pelanggan wanita yang sering berkunjung ke sebuah kedai makan di Kompleks Peruda di sini mencuri beg pinggang peniaga berkenaan.

Kehilangan beg yang disimpan di dalam laci di bawah meja membungkus makanan hanya disedari lelaki 57 tahun itu apabila melihat rakaman CCTV.

Mohd Rozi semalam berkata ketika kejadian terdapat ramai pelanggan, justeru mangsa tidak sedar perbuatan wanita itu kira-kira 9.50 pagi Rabu. 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline