Saturday January 13, 2018
5:57 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Papan tanda Masjid India Muslim Sungai Siput (U) yang mengamal pendekatan  'mesra musafir' disumbangkan oleh  M Yogendirabalan. ― Foto ihsan Facebook/Waqaf Perak Ar-RidzuanPapan tanda Masjid India Muslim Sungai Siput (U) yang mengamal pendekatan 'mesra musafir' disumbangkan oleh M Yogendirabalan. ― Foto ihsan Facebook/Waqaf Perak Ar-RidzuanSUNGAI SIPUT, 13 Jan ― Masjid India Muslim Sungai Siput (U) menjadi “satu-satunya” masjid di Perak mengamal pendekatan “mesra musafir”.

Kemudahan termasuk dewan solat, tandas, tempat istirehat dan parkir kereta disediakan untuk pengunjung, 24 jam hari, lapor Kosmo!.

Mengelak stereotaip sebagai rumah ibadat semata-mata, pegawai Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) berkata umat Islam boleh bergaul dengan penganut lain tanpa masalah. 

“Masjid India Muslim ini menjadi contoh kepada keseluruhan 671 masjid di Perak apabila menjadi masjid mesra musafir yang memberi kemudahan kepada pengunjung sepanjang hari,” kata Faizal Mohd Sapri.

Papan tanda masjid di Jalan Besar, Kampung Suppiah Pilai disumbangkan M Yogendirabalan.

Faizal percaya sumbangan umum, termasuk bukan Islam, membolehkan masjid memberi khidmat lebih baik, selain mengukuhkan keharmonian antara kaum. 

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline