Saturday November 11, 2017
3:05 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Paparan skrin menunjukkan kereta yang dipandu seorang warga emas secara melawan arus nyaris merempuh sebuah kenderaan. ― Foto ihsan Facebook/Aman Shah IIPaparan skrin menunjukkan kereta yang dipandu seorang warga emas secara melawan arus nyaris merempuh sebuah kenderaan. ― Foto ihsan Facebook/Aman Shah IIKUANTAN, 11 Nov ― Lelaki warga emas ditahan polis kerana memandu secara berlawanan arus di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Suspek, 81, nyaris merempuh kenderaan lain di susur keluar ke Plaza Tol Gambang ketika memandu secara bertentangan di kilometer 234 LPT, lapor Kosmo!.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Pahang berkata perbuatan suspek yang dirakam hingga menular di media sosial berlaku jam 4.45 petang 9 November lalu.

Supt Mohd Nor Yusof Ali berkata suspek sudah ditahan dan disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lelaki itu akan dihadapkan ke mahkamah 27 November ini. 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline