Friday January 12, 2018
9:13 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Noh berkata tindakan Azmin itu secara tidak langsung mengingkari titah Sultan Selangor yang melarang masjid dijadikan tempat untuk berpolitik. ― Foto oleh Miera ZulyanaNoh berkata tindakan Azmin itu secara tidak langsung mengingkari titah Sultan Selangor yang melarang masjid dijadikan tempat untuk berpolitik. ― Foto oleh Miera ZulyanaTANJONG KARANG, 12 Jan ― Jabatan  Agama Islam Selangor (Jais) diminta memantau dan mengambil tindakan tegas, seperti menghentikan pengedaran akhbar rasmi kerajaan negeri Selangorkini, di masjid-masjid Selangor yang dilihat lebih banyak melaporkan berita politik khususnya membabitkan aktiviti Pakatan Harapan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar berkata akhbar percuma kerajaan negeri itu yang diterbitkan menggunakan duit rakyat sepatutnya melaporkan lebih banyak berita mengenai pembangunan di Selangor.

“Kalau berterusan diedarkan di masjid seolah-olah Jais abai titah Sultan Selangor sebab ini jelas menunjukkan akhbar itu telah menjadi akhbar politik.

“Ketika zaman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jadi Menteri Besar Selangor, saya lihat Selangorkini tidak cerita politik sangat tetapi lebih kepada program menteri besar dan kerajaan negeri. 

“Akhbar ini perlu kembali semula kepada tujuan asal ia diterbitkan,” katanya dalam sidang media bersempena program turun padang ke Kampung Sri Tiram Jaya di sini hari ini.

Beliau mendakwa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali  menyalahgunakan  ‘Selangorkini’ untuk berkempen politik menjelang pilihan raya umum ke-14.

“Apa yang ‘dihidangkan’ sekarang (oleh Selangorkini) adalah mengenai program yang tiada kaitan dengan pembangunan di Selangor seperti program politik Mohamed Azmin di negeri lain, berkaitan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peletakan calon Perdana Menteri.

“Kita tidak halang penerbitan akhbar ini kerana kita amalkan kebebasan akhbar tetapi kena ingat jangan guna duit rakyat untuk kempen politik,” katanya.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata  tindakan Mohamed Azmin itu juga secara tidak langsung mengingkari titah Sultan Selangor yang melarang masjid dijadikan tempat untuk berpolitik.

Terdahulu, beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM775,000 untuk pembangunan di kampung itu seperti membaiki rumah dan menaik taraf bumbung gelanggang futsal. ― Bernama

Advertisement

Iklan

Iklan

Iklan

MMO Instagram