Tuesday May 9, 2017
12:38 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ahok dituduh menista agama susulan kenyataannya yang memetik ayat al-Quran dalam kempennya di pulau Seribu, September lalu.— Foto ReutersAhok dituduh menista agama susulan kenyataannya yang memetik ayat al-Quran dalam kempennya di pulau Seribu, September lalu.— Foto ReutersJAKARTA, 9 Mei — Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama hari ini dihukum penjara dua tahun selepas didapati bersalah menghina agama Islam.

Hakim Dwiarso Budi Santiarto menjatuhkan hukuman itu kepada gabenor yang lebih mesra dengan panggilan Ahok, lapor AFP.

Ahok bagaimanapun dilaporkan akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.

Beliau dituduh menista agama susulan kenyataannya yang memetik ayat al-Quran dalam kempennya di pulau Seribu, September lalu.

Pemimpin keturunan Cina itu, yang beragama Kristian, tewas kepada Anies Baswedan pada pusingan kedua pilihan raya gabenor Jakarta.

Dalam ucapan kempennya, Ahok meminta umat Islam agar tidak terpedaya dengan penentangnya yang menggunakan ayat 51 surah Al-Maidah untuk menghalang mereka mengundinya.

Kenyataan tersebut dianggap menghina agama, mencetus demonstrasi ratusan ribu umat Islam yang menolaknya, termasuk membakar sentimen kaum dan agama, di sini hujung tahun lepas.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline