Thursday May 18, 2017
6:33 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk David Teo (tengah) dilaporkan mengambil mikrofon dari tangan Datuk Rosyam Nor (kiri) sambil diperhatikan oleh Datuk Seri Najib Razak. ― Paparan skrin YouTubeDatuk David Teo (tengah) dilaporkan mengambil mikrofon dari tangan Datuk Rosyam Nor (kiri) sambil diperhatikan oleh Datuk Seri Najib Razak. ― Paparan skrin YouTubeKUALA LUMPUR, 18 Mei — Datuk David Teo dituntut memohon maaf terbuka susulan kekecohan dalam dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) malam tadi.

Penerbit popular itu diberi tempoh tiga hari untuk berbuat demikian oleh sebuah pertubuhan atas alasan “kurang ajar” di majlis itu, lapor Malaysiakini.

“Saya mahu dia memohon maaf secara rasmi kepada semua rakyat Malaysia dan buat secara langsung,” kata ketua Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN).

Mejar (B) Razali Zakaria berkata demikian kepada media di luar pejabat Teo di PJS 5, Petaling Jaya petang tadi.

Jika Teo enggan berbuat demikian, GMPN mengancam akan mengadakan protes.

Dalam majlis TN50 yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Teo menegur moderator Datuk Rosyam sehingga ditampar oleh pelakon veteran Mat Over.

Menurut Sinar Harian, kejadian bermula apabila penerbit itu merampas mikrofon daripada Rosyam untuk menyuarakan pendapat agar peserta di belakang berpeluang bercakap.

Berdasarkan rakaman video, Mat Over atau Sulaiman Yasin kemudian meluru ke arah Teo, pemilik Metrowealth Pictures (MiG), sebelum menamparnya di depan Najib.

Teo menafikan kurang ajar terhadap Najib. “Bukan niat saya untuk bersikap biadab kepada perdana menteri,” katanya hari ini.

“Saya cuma beritahu Rosyam sebahagian peserta tidak diberikan peluang yang sama [untuk bercakap],” katanya seperti dilapor Star Online.

Selain mendesak Teo, GMPN juga “mengucap tahniah” kepada Mat Over kerana menghentikan ucapan Teo. 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline