Friday April 21, 2017
9:52 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Waran tangkap dikeluarkan terhadap Nelydia oleh majistret P. Sarulatha dan tarikh baharu sebutan kes pada 24 Mei. ― Foto ihsan Instagram/Nelydia SenroseWaran tangkap dikeluarkan terhadap Nelydia oleh majistret P. Sarulatha dan tarikh baharu sebutan kes pada 24 Mei. ― Foto ihsan Instagram/Nelydia SenroseCYBERJAYA, 21 April ― Satu perintah waran tangkap dikeluarkan terhadap seorang artis wanita muda kerana gagal menghadirkan diri bagi prosiding kesnya dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN berkata pelakon berusia 23 tahun itu menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis mengikut Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 supaya mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran iaitu 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

Selain itu, artis terbabit turut menghadapi satu lagi pertuduhan kerana gagal mematuhi notis mengikut Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

Menurut kenyataan LHDN hari ini saman itu telah diserahkan kepada tertuduh pada 11 April lepas yang mengkehendakinya menghadiri sesi sebutan kes itu pada 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor.

“Namun tertuduh ataupun wakilnya gagal hadir ketika sebutan kes berlangsung,” kata LHDN.

Susulan itu, LHDN berkata peguam Hasil Nurulsheeda Mohd Yahaya memohon satu perintah waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh dan dibenarkan Majistret P. Sarulatha.

Majistret turut menetapkan tarikh baharu sebutan kes itu pada 24 Mei ini, kata LHDN.

Menurut LHDN kegagalan mematuhi kedua-dua notis yang dikeluarkan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 120(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan, atau kedua-duanya sekali. ― Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline