Wednesday March 1, 2017
6:12 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Neelofa tumpang gembira dengan hasrat bekas kekasihnya, Datuk Hans Isaac yang mahu berkahwin Julai ini. — Foto-foto oleh Choo Choy MayNeelofa tumpang gembira dengan hasrat bekas kekasihnya, Datuk Hans Isaac yang mahu berkahwin Julai ini. — Foto-foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 1 Mac — Pelakon dan pengacara Neelofa mengakui mengetahui hasrat pengarah dan penerbit Datuk Hans Isaac untuk menamatkan zaman bujang sejak November tahun lalu.

Heroin drama Suri Hati Mr Pilot ketika ditanya tentang reaksinya berkata beliau gembira dengan keputusan bekas kekasihnya itu yang mahu mengahwini bekas ratu cantik Julai ini.

“Sebagai kawan dah lebih lima tahun, saya betul-betul hendak dia gembira kerana dia layak untuk gembira dan saya juga gembira dengannya. Dia telah beritahu saya [hendak berkahwin] November lalu,” kata usahawan tudung dalam sidang media selepas merasmikan butik kedua Naelofar Hijab di Publika Shopping Gallery, di sini, hari ini. 

“Kami tiada apa masalah. Dia ada beritahu mengenai sidang media, pasal bertunang. Dan kami masih berhubung dan tiada isu negatif.”

Neelofa, 28, sebelum ini dilaporkan bercinta dengan Hans kira-kira dua tahun namun putus di tengah jalan pada Februari 2014.

Hans, 46, semalam mengumumkan mahu berkahwin dengan bekas Ratu Cantik Pelancongan Aileen Gabriella Robinson, 28, pada 29 Julai ini selepas setahun menyulam cinta.

Pengacara MeleTOP itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang bakal isteri Hans kerana tidak mengenalinya namun mengakui tidak berdepan masalah sekiranya dijemput menghadiri majlis perkahwinan itu nanti. 

“Saya tak boleh komen sebab saya tak kenal dia [Gabriella], dan daripada hubungan kami. 

“Tengoklah kalau (majlis kahwin) dijemputkan,” katanya.

Butik kedua Naelofar Hijab di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur, yang dirasmikan hari ini.Butik kedua Naelofar Hijab di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur, yang dirasmikan hari ini.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline