Thursday January 11, 2018
3:05 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Nur Iman Safiyah Mohammad Shahree menunjukkan paparan tudung sekolah saiz S jenamanya sendiri. — Foto ihsan Instagram/Empire Iman SafiyahNur Iman Safiyah Mohammad Shahree menunjukkan paparan tudung sekolah saiz S jenamanya sendiri. — Foto ihsan Instagram/Empire Iman Safiyah

PETALING JAYA, 11 Jan — Biarpun baru berusia 14 tahun, seorang pelajar aktif menjual tudung jenamanya sendiri.

Nur Iman Safiyah Mohammad Shahree, menjual 500 tudung sebulan, mahu mempelbagaikan jenis tudung pada masa depan, lapor mStar Online.

Mulanya dipertikai kemampuannya, beliau kini menjual tiga jenis tudung iaitu ‘shawl’ (selendang), tudung bawal dan tudung sekolah, dengan jenama Tudung Sekolah Iman Safiyah (TSIS).

“Kebanyakan tudung sukar dibentuk dan jenis kain pula lebih panas, ia sekali gus memberi idea kepada saya untuk menjual tudung yang lebih selesa.

“Memang saya usahakan sendiri bisnes tudung ni. Ibu bapa saya bukan ahli perniagaan tetapi mereka memberikan sokongan,” katanya kepada portal itu.

Mahu mencontohi usahawan dan selebriti Neelofa, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Bestari itu bercita-cita menjadi ahli perniagaan. 

“Kak Neelofa bukan sahaja cantik dan berbakat, tetapi beliau juga berjaya dalam perniagaan tudungnya. Saya nak jadi macam Kak Neelofa, mencontohi kejayaan dia,” katanya.

Berharap bertemu idolanya, pelajar sesi petang itu membuat kerja rumah pada pagi dan menyemak tempahan tudung pada sebelah malam.

Iklan

Iklan

MMO Instagram