Tuesday November 14, 2017
3:49 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pelbagai jenis tudung yang diperagakan untuk jualan. Dasar larangan bertudung di barisan hadapan sektor perhotelan dipertikaikan banyak pihak. ― Foto oleh Choo Choy MayPelbagai jenis tudung yang diperagakan untuk jualan. Dasar larangan bertudung di barisan hadapan sektor perhotelan dipertikaikan banyak pihak. ― Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 14 Nov — Melarang kakitangan barisan depan hotel memakai tudung tindakan kurang ajar, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Hotel yang melaksanakan dasar itu “tidak bertanggungjawab kerana melanggar perlembagaan negara”, kata menteri pelancongan seperti dilapor Utusan Online.

“Datang ke negara orang, hormat, kena ikut. Ini satu bentuk diskriminasi.

Tidak boleh diskriminasi atas alasan apa pun,” katanya.

Banyak pihak membantah kenyataan persatuan hotel yang menganggap larangan wanita bertudung di kaunter depan sebagai piawaian perhotelan antarabangsa.

Semalam, bendahari MIC Datuk Seri S. Vell Paari menyifatkan sekatan itu, yang menjadi polemik beberapa hari lalu, tidak adil dan satu diskriminasi.

Tambahnya, dalam lawatan di luar negara, beliau melihat wanita Islam bertudung bekerja di hotel lima bintang dan ia “tidak pernah menjadi isu”.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline