Wednesday March 15, 2017
10:46 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Nazri Aziz (foto) tidak mewakili kerajaan dan tidak  mengharapkan Umno dalam debatnya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. ― Foto oleh Choo Choy MayDatuk Seri Nazri Aziz (foto) tidak mewakili kerajaan dan tidak mengharapkan Umno dalam debatnya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. ― Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 15 Mac — Debat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad akan menarik pelancong ke kawasan parlimennya Padang Rengas, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Debat mantan perdana menteri itu dengan menteri pelancongan dijadual berlangsung pada 25 Mac ini di Maktab Rendah Sains Mara Sultan Azlan Shah.

“Ramai orang akan datang, berbelanja dan sebahagian daripada mereka mahu bermalam di sana," katanya seperti dilapor mStar Online.

“Ia akan meningkatkan industri pelancongan di Padang Rengas.”

Nazri, anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata beliau tidak mewakili kerajaan dan tidak pula mengharapkan sokongan parti untuk itu.

“Sama ada terdapat sokongan Umno atau tidak, walaupun saya seorang, saya akan teruskan. Saya tidak perlukan sebarang sokongan daripada rakan-rakan,” katanya.

Nazri, seorang ahli politik yang lantang, aktif dalam Umno sejak zaman pentadbiran Dr Mahathir pada 1990-an.

Beliau mula mengkritik Dr Mahathir sejak bekas presiden Umno itu menolak kepemimpinan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi kira-kira sedekad lalu.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline