Tuesday March 21, 2017
5:33 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Nur Jazlan berkata pihak berkuasa masih perlu menjejaki dan membuktikan suspek adalah perisik walau jelas tafsiran undang-undang. — Foto oleh Yusof Mat Isa Nur Jazlan berkata pihak berkuasa masih perlu menjejaki dan membuktikan suspek adalah perisik walau jelas tafsiran undang-undang. — Foto oleh Yusof Mat Isa KUALA LUMPUR, 21 Mac — Malaysia kurang pegawai pengintipan berpengalaman untuk memantau setiap pergerakan agen perisik yang memasuki negara ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Menolak dakwaan Malaysia tidak menyedari operasi Korea Utara yang mencurigakan di negara ini sebelum pembunuhan Kim Jong-nam, beliau berkata pihak berkuasa mengesyaki individu yang menjadi agen asing.

“Seseorang bukan perisik yang bagus jika aktiviti mereka jelas dikesan,” katanya kepada akhbar Malay Mail semalam.

Nur Jazlan berkata pihak berkuasa tidak boleh mengambil tindakan sehingga perisik asing itu melanggar peraturan dan mereka tidak mempunyai kakitangan berpengalaman mencukupi untuk memantau agen ini.

“Perisik yang bagus tidak mudah ditangkap,” katanya.

Sekalipun Malaysia memperuntukan Seksyen 124M dan 124N Kanun Keseksaan berkaitan pengintipan, Nur Jazlan berkata pihak berkuasa masih perlu menjejaki dan membuktikan mereka adalah perisik.

Seksyen 124M memperuntukkan sesiapa sahaja dengan apa jua maksud, secara langsung atau tidak langsung melakukan intipan, akan dihukum dan dipenjara seumur hidup.

Seksyen 124N pula memperuntukkan sesiapa sahaja yang melakukan intipan atau cuba melakukan intipan, maka boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

Baca selanjutnya di Malay Mail Online.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline