Friday January 12, 2018
5:18 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Najib Razak bergambar di sisi makam Rasulullah di  Madinah, Saudi Arabia. — Foto ihsan Twitter/Najib RazakDatuk Seri Najib Razak bergambar di sisi makam Rasulullah di Madinah, Saudi Arabia. — Foto ihsan Twitter/Najib RazakKUALA LUMPUR, 12 Jan — Datuk Seri Najib Razak sendiri hari ini semacam “terkejut” dengan cuaca sejuk di Malaysia seperti di Jeddah, Arab Saudi.

Perdana menteri menyatakan rasa dingin itu sebaik sahaja mendarat dari lawatan kerja ke negara tersebut atas jemputan Raja Salman.

“Wah, sejuk betul cuaca Malaysia hari ini, macam di Jeddah! Alhamdulillah selamat sampai ke tanah air,” katanya dalam Twitter. 

Jeddah mencatatkan suhu antara 21 hingga 30 darjah Celsius antara 9 hingga 11 Januari, sewaktu Najib berada lima hari di sana. 

 

 

Cuaca sejuk itu turut diluahkan oleh pengguna media sosial, malah ada yang tertanya-tanya sama ada musim sejuk akan berlaku.

Suhu pula mencecah 22 darjah Celsius semalam. Namun Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan tiada tanda-tanda suhu terus menurun.

Fenomena itu disebabkan oleh monsun timur laut yang memberi kesan kepada pantai timur semenanjung, lapor mStar Online.

“Musim hujan di kawasan itu mendorong angin timur laut dan awan ke barat,” kata jurucakap MetMalaysia ketika dihubungi portal itu.

“Sebab itulah kita melihat langit mendung beberapa hari lalu dan suhu tidak meningkat.” Cuaca sejuk bakal berakhir Ahad ini.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline