Saturday August 12, 2017
2:09 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memuji PAS kerana mengamalkan politik matang dan mengutamakan prinsip 'tabayyun' demi kebajikan rakyat.  — Foto oleh Miera Zulyana Abdul RahmanPerdana menteri Datuk Seri Najib Razak memuji PAS kerana mengamalkan politik matang dan mengutamakan prinsip 'tabayyun' demi kebajikan rakyat. — Foto oleh Miera Zulyana Abdul RahmanMACHANG, 12 Ogos — Perdana menteri memuji PAS kerana mengamalkan politik matang dan mengutamakan prinsip ‘tabayyun’ demi kebajikan rakyat.

Datuk Seri Najib Razak berkata buktinya parti Islam itu tidak menyerang Umno secara semberono walau berbeza pandangan termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Berita Harian.

“Konsep tabbayun itu bermaksud menyelidik dahulu sesuatu berita dengan teliti sebelum membuat keputusan,” katanya seperti dilapor.

“Selepas mendengar penjelasan, barulah PAS membuat kesimpulan dan mahu memberi peluang pada 1MDB untuk melakukan pelan rasionalisasi.”

PAS pada 7 Ogos lalu berpuas hati dengan penjelasan 1MDB tentang isu hutang dan pelan rasionalisasi syarikat pelaburan negara itu.

Sidang meja bulat di Ampang berlangsung antara pengerusi Arul Kanda Kandasamy dengan timbalan presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ahli-ahli jawatankuasa kerja (AJK) PAS pusat, serta bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sementara itu Najib dalam majlis pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini hari ini berkata Barisan Nasional (BN) perlu mempunyai roh perjuangan, kepemimpinan satu saf dan sifat setia kepada pemimpin.

“Insya-Allah, jika kita mengamalkan tiga prinsip ini, PRU14 ini milik kita,” katanya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline