Last updated Tuesday, December 06, 2016 11:50 pm GMT+8

Tuesday November 29, 2016
9:42 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Umno jangan pandang rendah parti lawan terutama yang dipimpin bekas pemimpin kanan Umno, kata Najib Razak. —  Foto failUmno jangan pandang rendah parti lawan terutama yang dipimpin bekas pemimpin kanan Umno, kata Najib Razak. — Foto failPUTRAJAYA, 29 Nov — Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan anggota parti itu supaya tidak memandang rendah parti lawan terutama yang dipimpin bekas pemimpin kanan Umno.

Najib yang juga perdana menteri berkata walaupun penubuhan parti baharu oleh bekas pemimpin berkenaan tidak menampakkan satu gelombang sokongan yang ketara, namun Umno perlu berusaha sedaya upaya mengekalkan kuasa yang ada padanya.

“Saya melihat bahawa kalau kita kaji fenomena bila PKR ditubuhkan, (susulan) Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar daripada Umno, kita lihat masa itu gelombang itu lebih ketara daripada apa yang berlaku hari ini.

“Kesannya tak sama, tetapi saya sedar bahawa di mana kawasan Bahagian atau Parlimen, mesti ada orang yang tidak puas hati atas sebab-sebab tertentu, tak dapat apa yang dia hendak sebagainya, kecewa, jadi mereka cuba kumpul, kutip orang seperti ini, untuk masuk dalam parti mereka untuk menentang kita, itu saya sedar,” katanya.

Ketika memberi ingatan itu pada program soal jawab khas bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016, di sini semalam, Najib bagaimanapun menegaskan bahawa peringatan itu bukan bermakna parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu berasa takut dengan parti lawannya.

“Bukan kita takut pada mereka, lain dengan soal takut, tetapi kita jangan under-rate (pandang rendah) mereka dan kita mesti melakukan apa yang patut kita lakukan untuk mengekalkan kekuasaan yang ada pada kita,” katanya.

Mengenai impak gabungan Pakatan Harapan dengan parti baharu terhadap BN, Najib berkata rakyat perlu membuat penilaian dan pilihan antara BN yang ditunjangi Umno dan pembangkang diketuai DAP.

“Rakyat mesti tahu apa dia dasar DAP, dasar perjuangan, pendirian DAP... sudah tentu mereka akan cuba melenyapkan agenda Bumiputera umpamanya.

“Mereka tidak akan menyokong apa-apa yang bersangkut paut dengan agenda Bumiputera. Itu satu hakikat, soal kedudukan Islam umpamanya, kita nak membangunkan Islam, kita nak meninggikan syiar Islam. Apakah pendirian DAP dalam hal ini?” katanya.

Ditanya mengenai Umno yang dikaitkan dengan isu perjuangan kaum Melayu dan agama Islam, Najib berkata rakyat perlu melihat dasar Umno secara keseluruhan yang mengamalkan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah), progresif dan membawa transformasi dalam sistem negara.

Katanya rakyat juga tidak seharusnya menilai Umno daripada perbuatan segelintir anggotanya yang bertindak ekstrem dalam memperjuangkan sesuatu perkara.

“Apa yang mereka lakukan kalau mereka tidak senang hati, itu bukan Umno sebab itu tindakan individu ataupun kumpulan yang kecil,” katanya. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline