Sunday July 10, 2016
2:58 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming, enggan memohon maaf kerana percaya sindirannya tidak menghina sambutan Aidilfitri tetapi mengkritik isu rasuah. — Foto oleh Yusof Mat IsaAhli parlimen Taiping, Nga Kor Ming, enggan memohon maaf kerana percaya sindirannya tidak menghina sambutan Aidilfitri tetapi mengkritik isu rasuah. — Foto oleh Yusof Mat IsaIPOH, 10 Jul — Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming enggan memohon maaf selepas karikatur menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri mendapat kecaman pelbagai pihak.

Nga berkata karikatur berkenaan bukanlah satu bentuk penghinaan tetapi sindiran kepada pihak tertentu yang sudah diketahui umum.

“Saya tidak hina sesiapa. Siapa makan cili dia yang rasa pedasnya. Jadi tidak perlulah ada pihak sensitif sangat dengan karikatur itu.

“Mereka harus fikirkan perkara yang lebih besar melibatkan kepentingan negara dan masa depan rakyat seperti isu 1MDB, rasuah dan sebagainya,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Ketua polis negara semalam berkata Nga akan disiasat bawah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan kerana menghina sambutan Aidilfitri dalam akaun Facebook miliknya Selasa lepas.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan menyiasat sama ada karikatur tersebut dihasilkan Nga selepas beberapa laporan polis dibuat terhadapnya, ahli parlimen Taiping.

“Tindakan Nga merupakan satu tindakan yang mempermainkan agama Islam.

“Ini merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya dibuat oleh seorang yang bergelar Yang Berhormat di sebuah negara majmuk,” Khalid dilaporkan berkata.

Nga juga dilaporkan berkata tiada pihak akan melatah atau terasa hati sekiranya memahami apa yang dimaksudkan dengan karikatur berkenaan.

“Saya sangat menghormati agama Islam. Malah setiap tahun, saya tidak pernah lupa anjurkan program khatan perdana, menyumbang kepada masjid dan sumbangan kepada masyarakat Islam yang memerlukan,” katanya kepada akhbar itu.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline