Thursday March 31, 2016
1:47 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis Selangor mengesahkan dakwaan seorang murid di sekolah di Klang dibuli sehingga terpaksa memotong lidah sendiri hanyalah palsu. — Paparan skrin Google Polis Selangor mengesahkan dakwaan seorang murid di sekolah di Klang dibuli sehingga terpaksa memotong lidah sendiri hanyalah palsu. — Paparan skrin Google SHAH ALAM, 31 Mac — Murid tahun dua yang mendakwa dibuli sehingga terpaksa menggunting lidah sendiri membuat dakwaan palsu, kata ketua polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.

Abdul Samah mengesahkan siasatan polis mendapati kanak-kanak berusia 8 tahun itu tidak dibuli oleh mana-mana pihak tetapi menyebabkan kecederaan dirinya sendiri.

“Semasa insiden itu berlaku Muhammad Alif Shukran dan rakan-rakannya berada di dalam kelas mengikuti sesi pembelajaran,” katanya seperti dipetik portal Kosmo! hari ini.

“Pihak polis tidak menemui elemen yang boleh mengaitkan kes tersebut dengan gejala buli kerana kecederaan berlaku di dalam kelas dan mangsa dirujuk terus kepada penolong kanan untuk rawatan.”

Murid itu yang belajar di sebuah sekolah rendah di Bukit Tinggi, Klang dilaporkan menggunting lidahnya Khamis lalu kerana takut ditumbuk oleh lima murid tahun tiga.

Ibunya, yang membuat aduan polis, dilaporkan menafi anaknya mereka-reka cerita kerana murid itu pernah mengadu sering dibuli di sekolah.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline