Last updated Friday, December 09, 2016 9:47 am GMT+8

Friday December 2, 2016
5:35 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Deja Moss mempromosikan kek lapisnya di gerai jualan di PWTC sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU), 2 Disember 2016. ― Foto-foto oleh Yusof Mat Isa Deja Moss mempromosikan kek lapisnya di gerai jualan di PWTC sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU), 2 Disember 2016. ― Foto-foto oleh Yusof Mat Isa KUALA LUMPUR, 2 Dis ― Deja Moss menawarkan harga runtuh RM50 untuk empat keping kek lapis yang dijualnya sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir esok.

Penyanyi itu berkata harga biasa kek lapisnya RM30, termasuk bertulisan Umno, untuk sekeping.

“Seperti sebelum-sebelum ini, perkataan Umno pada kek lapis menjadi satu kemestian yang ada di gerai saya,” kata usahawan kelahiran Sarawak itu kepada ProjekMMO.

“Sudah tujuh tahun berturut-turut saya berniaga di PAU. Kek lapis saya yang menjadi diminati ramai ialah keju coklat.” 

Deja Moss, nama popular Sharifah Hadijah Wan Moss, berkata peminatnya juga mengambil peluang bertemunya di gerai tersebut, termasuk merakam foto kenangan.

“Bukan apa, saya suka berniaga di sini. Jualan kek lapis yang saya jual setiap tahun pasti akan habis, terutamanya kek lapis keju coklat,” tambahnya. 

Selain gerai jualan sempena PAU di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kek lapis beliau boleh diperolehi di kafe yang diusahakannya di Ukay Perdana, Ampang dekat sini. 

“Siapa yang hendak cuba kek lapis hasil tangan saya sendiri, mari datang ke gerai saya, kalau tidak sempat boleh beli secara dalam talian di hadeejakeklapissegar@gmail.com,” katanya.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline