Thursday November 2, 2017
9:09 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Bertunang dengan Sufian Suhaimi bulan lalu, Elfira Loy (foto) dijangka mendirikan rumah tangga pada tahun depan. ― Foto ihsan Instagram/Elfira LoyBertunang dengan Sufian Suhaimi bulan lalu, Elfira Loy (foto) dijangka mendirikan rumah tangga pada tahun depan. ― Foto ihsan Instagram/Elfira LoySHAH ALAM, 2 Nov — Elfira Loy menyifatkan pihak yang kurang senang melihat kebahagiannya bersama penyanyi Sufian Suhaimi sebagai golongan yang cemburu.

Pelakon 23 tahun itu berkata peminatnya lebih cenderung mendoakan kebahagiaan mereka berdua yang akan diijabkabulkan tahun depan.

“Apabila kami melangkah lebih dekat kepada benda yang baik, iaitu mendirikan masjid, sudah tentu semua orang mendoakan yang baik.

“Kalau ada yang berkata-kata [negatif] itu mungkin cemburu. Itu perkara biasa. Pasti akan ada orang bercakap,” katanya kepada ProjekMMO.

Pelakon drama “Qalesya” itu mengikat tali pertunangan bersama Sufian bulan lalu dan dijangka mendirikan rumah tangga tahun depan.

Pemuda Johor itu berkata buat masa ini persiapan perkahwinan mereka masih di peringkat awal kerana masing-masing sibuk dengan kerja.

Sufian Suhaimi dengan pelakon Elfira Loy di majlis pertunangan mereka, 6 Oktober 2017. — Foto ihsan Instagram/Elfira Loy Sufian Suhaimi dengan pelakon Elfira Loy di majlis pertunangan mereka, 6 Oktober 2017. — Foto ihsan Instagram/Elfira Loy “Buat masa ini kami hanya melihat tempat dan memikirkan konsep. Semuanya masih di awang-awangan.

“Masing-masing tengah berangan untuk membuat begitu dan begini tetapi semuanya belum dimuktamadkan,” katanya.

Penyanyi “Harus Aku” berkata berkahwin di usia muda bukanlah satu halangan kerana mereka mendapat restu keluarga masing-masing.

Katanya, Elfira tidak akan dihalang untuk meneruskan aktiviti seni selepas mendirikan rumah tangga kerana bidang itu juga menjadi minatnya.

“Saya tidak meletakkan perkahwinan itu sebagai alasan menghalang apa yang masing-masing suka.

“Saya akan terus beri ruang dan peluang kepada Elfira untuk dia buat apa yang dia mahu.

“Saya pun harap Elfira faham dengan minat dan perjuangan saya dalam industri muzik,” katanya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline