Last updated Friday, December 09, 2016 1:48 pm GMT+8

Tuesday November 29, 2016
7:43 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ed Sheeran (kanan) calar di pipi selepas terkena hayunan pedang Puteri Beatrice. — Foto ihsan Instagram/ed_sheeran_euEd Sheeran (kanan) calar di pipi selepas terkena hayunan pedang Puteri Beatrice. — Foto ihsan Instagram/ed_sheeran_euLONDON, 29 Nov — Pemenang Anugerah Grammy Ed Sheeran dikejarkan ke hospital akibat cedera terkena pedang yang dihunus Puteri Beatrice secara tidak sengaja.

Pada mulanya penyanyi James Blunt bergurau kononnya mahu mendapat gelaran 'Sir' dalam sebuah parti anjuran cucu Ratu Elizabeth II di Royal Lodge, Windsor di sini, lapor portal Independent.

Melihat Blunt yang sedang melutut, Beatrice, 28, mengambil pedang dan menghayunkannya tanpa menyedari Sheeran berada di belakang.

Pedang itu terkena pipi kanan penyanyi “Thinking Out Loud” sebelum dihantar ke hospital untuk menerima jahitan.

“Kesan luka itu dekat hanya beberapa inci dari matanya. Semua tetamu sangat terkejut dan Beatrice kelihatan sangat susah hati,” kata sumber seperti dilapor portal The Sun.

“Tetapi Ed bersikap budiman dan mengatakan kepada puteri ia hanya satu kebetulan.”

Sheeran, 25, bagaimanapun dapat meneruskan persembahan seperti biasa pada konsert di London keesokan malamnya.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline